Sunday, April 8, 2012

Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakatitu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dansebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh,apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.

Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibatkenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali gandadaripada harga biasa.


KILANG – PEMBORONG – PERUNCIT - PENGGUNA

Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku keranakurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat sertagedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negaratersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahilseseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntunganyang lebih.Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namunhal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketatyang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan


prepared by WAN

No comments:

Post a Comment